Jika aku ada kekuatan..
Saturday, 14 December 2013 @ 11:43 | 0 comments


Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.

Semalam adalah hari aku jatuh.
Semalam hari aku jatuh tersungkur.
Semalam hari kau ketawakan aku.
Semalam hari aku jauh dari agama.


Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.

Semalam hari aku penuh dengan kejahilan.
Semalam hari aku yang penuh dengan malas.
Semalam hari aku tidak pernah leka melakukan dosa.
Semalam hari aku jauh ketinggalan dalam pelajaran.


Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.

Semalam hari aku ketawa enak melakukan dosa.
Semalam hari aku tinggikan suara bila bercakap dengan Mak Ayah.
Semalam hari aku jauh dari Dia, Tuhan Yang Maha Esa.
Semalam hari aku memperbodohkan diri aku sendiri.

Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.

Aku tahu, peluang itu ada untuk aku berubah.
Dia itu Maha Pegampun.
Dia itu Maha Pengasih.
Dia segalanya.
Segalanya Dia.

Aku mahu bangun.
Pelan pelan kayuh.
Aku boleh kembali ke jalan yang benar.
Tuhan itu ada.
Dia ada untuk aku.

\Aku tahu.

Hari ini,
hari baru aku,
hari aku mulakan hidup baru,
dengan niat baru,
azam baru,
untuk,

lupakan semalam.


#Notethis.
Tuesday, 3 December 2013 @ 00:24 | 0 comments




Tipu, kalau aku cakap aku tak rindu kau.
Tipu, kalau aku cakap aku tak sayang kau.
Tipu, kalau aku cakap aku benci kau.
Tipu kalau aku cakap aku tak ambil kisah.
Tipu, kalau aku tak nangis kalau aku rindu kau.

Tipu, kalau aku tak gembira bila jumpa kau.
Tipu, kalau kau tak bahagia bila kau dengan aku.
Tipu, kalau aku tak sedih bila kau lupa aku.
Tipu, kalau aku cakap aku tak rindukan kau.
Tipu kalau aku cakap aku boleh hidup tanpa kau.

Hakikatnya, aku memang tak boleh hidup....
Tanpa engkau...

Kenapa?

Kau seolah mata bila aku buta.
Kau seolah telinga bila aku pekak.
Kau sempurna bagi aku.
Tiada cacat cela.
Cukup sempurna.

Tanpa kau, aku tidak lengkap.
Entah kenapa. Aku pun tak tahu.

Hargai aku, bila aku masih cinta.
Hargai aku, bila aku masih lagi mahu kau.
Hargai aku bila aku setia.
Hargai aku bila masih sayang.

Jangan nanti kau kembali.

Bila aku sudah tidak cinta.
Bila aku sudah benci.
Bila aku tidak perlukan kau.
Bila aku tidak setia.
Bila aku tidak punya rasa sayang.

Kerana, perasaan manusia itu berubah.



Hi Disember.
Monday, 2 December 2013 @ 06:32 | 0 comments


Hi . Sorry dah lama tak update. Malas lah ekceli. Hm okay nak bagitau yang cuti ni. Cuti yang paling membosankan bagi aku. Aku just terperap je bro kat dalam bilik. takpergi mana mana pun :( Untunglah sesape yang cuti ni pergi holidays bagai. Enjoy your holidays k :* K now aku nak post pasal result. Seriusly aku terkejut kot bila tau dari blog sir hakim. Tapi itupun just no maktab yang dapat 3.5 above. Nak tau korang yang form 2 Mrsm Parit dapat ke tak. Meh usha gambar ni.

 
*Nak tau lebih lanjut click here http://zulhakim83.blogspot.com/

Haaaaaaaa acanner korang? Dapat tak dapat tak? Hee btw congrates untuk korang yang dapat. Yang tak dapat? Alaaa takyah lah sesedih eh? Nangis air mata darah sekalipun result korang takkan berubah. Percayalah! Bukan aku nak down kan korang. Tapi betulah en? Cenni lah eh. Lupakan result ni. And next year jangan lah mainmain lagi. study betulbetul tau. Hihi :*


....................................................................................

Ha nak tau tak apa perasaan aku ni bila no maktab aku takda dalam list? Aku takdalah terkejut ke apa. Sebab aku memang tahu aku takkan dapat punya. Yelah belajar pun malas en. Memang taklah nak dapat result bagus! Ye dakkk? Heeee :') Cuma perasaan sedih gila nak mati tu adalah. Iyelah siapa tak sedih en bila takdapat result 3.5 above. Ya Allah sumpah aku memang jeles gila lah tengok result kawankawan aku. Kebanyakkan diorang dapat above 3.5. Hm tung lah pandai en. Dalam bilik aku just dua orang je yang dapat result below 3.5. Yang lain semua dapat.. hmmm ya allah terasa bodoh pulak bila tak dapat 3.5 above dohh. Sumpah. Like malu gila babi pun ada. Kenapa diorang boleh dapat? Kenapa aku takboleh dapat en? 137 batch form dapat above 3.5. Awesome kan :') Congrates semuaaaaaa.

Setahun 6 bulan aku kat belajar kat mrsm parit. Tapi sekali pun tak pernah tau dapat result 3.5 above :( Sumpah rasa macam sia sia je belajar gila babi bagai. hm. Kawan aku aliah,nabil,izzah,icha,jijah,aiman and yang lainlain. Semua pandaipandai! Atleast diorang penah jugak tau dapat pointer 3.5 above exam. Aku malu wehh. Bila result keluar and orang tanya tanya aku 'result kau brapa?' Sumpah aku paling taksuka! Aku act like tak kisah pasal result aku yg selama ni  mesti dapat rangking top10 LAST. Korang mesti tengok aku ni macam tak kisah je pasal result. Sebab depan korang aku cakap 'lantaklah result tu kesah lak aku.' Betul tak? Tapi dalam hati aku ni? Korang takkan faham betapa sedih gila babi lah dapat tau result teruk! Hm aku malu dengan aliah,icha,nabil,izzah,aiman,jijah. Aku selalu lepak dengan diorang. Tapi result diorang okay je, pandai je. Tapi aku? Mak ai punya teruk result macam budak sekolah harian je. Aku rasa aku like taklayah je masuk mrsm. sebab aku takdalah pandai mana. Hm. Tbh aku malu tau bila diorang tu suma dapat result bagusbagus. sedangkan aku? Hampeh gila kot. Kenapa lah aku takpandai macam diorang? Hmmmmmmmm sumpah nak nangis je sekarang ni. Ahahaha lek wa lek jangan emo pulak kat sini :') Lagi satu aku sangatlah paling taksuka. Eh? apa aku kata ni. haha lantak lah. Cuma aku nak cakap yang aku paling sedih+happy tak terkata bila tengok kawankawan aku naik pentas and dapat Sijil Anugerah Penghormatan dari Pengetua! Bukan senang kot nak dapat. Hee. Aku sedih sebab aku takdapat naik atas pentas tu. And aku happy bila kawankawan aku happy bila naik pentas tu :'D 

Tak kisah lah aku takdapat pun. Yang penting aku dapat tengok orang yang aku sayang naik atas pentas tu. Tupun cukup buat aku happy :') Buat aku bangga dapat kawan yang pandai camtu. Heee. Inshallah next year aku nak serius time belajar. Aku taknak mainmain lagi dah doh. PBSMR wehh. Gila kau nak mainmain? Agak lah kan. Korang aku harap sangatsangat support aku k tahun depan? Aku teringin sangat nak naik pentas cam korang. Aku teringin sangat nak sijil anugerah pengetua tu :') Aku harap next year kita dapat naik pentas sesama tau. Sebab lepastu kita dah graduate for form3 and takut dah ada yang pindah bagai. Kang takdapat jumpa lagi :') Aku harap next year kita berjaya samasama. Senang citer aku nak semua kawan kawan aku berjaya lah! Boleh? Heee itu doa aku. Hm k lah cukup sampai sini. Goodnite. Assalamualaikum :)


Rasa ini.
Thursday, 14 November 2013 @ 04:30 | 0 comments



Aku rasa sangat pelik.Pelik dengan diri aku ni. Sampai bila nak macamni? Sampai bila nak hidup macamni? Sampai bila weh? Sampai bila? Hm :'( Aku dah letih, penat hidup macamni. Aku nak je nangis kuatkuat. Lantaklah orang nak kata apa. Tapi? Air mata aku ni dah habis. Dah kering. Ni semua sebab aku dah penat menangis. Aku nak je jerit. Jerit sekuat kuat hati aku ni. Tapi? Dah takda suara dah aku ni wehh.. Apa semua ni? Hubungan aku dengan family aku? Dengan perangai papa macamtu, mama macamtu, yang lain macamtu. Aku ni pulak perangai macamni. Lansung takbahagia. Kawankawan aku? Bila diorang susah mulalah cari aku. Tapi bila diorang senang? Batang hidung pun taknampak weh. Mana korang? Aku rindu korang. Kenapa korang takpernah nak hargai aku? Kenapa takda orang nak hargai aku? Aku penat hidup macamni. Aku penat bersabar dengan perangai korang. Penat mengalah dengan perangai korang. Tapi korang pernah nak hargai aku? Takpernah weh. Susah sangat ke korang nak hargai aku? Satu je aku mintak. Please hargai aku..

Aku nak lari. Lari dari semua ni. Lari dari masalah. Lari dari semua orang. Lari jelah manamana. Sejauh yang mungkin maybe? Sebab ni bukan yang aku cari, aku nak. Aku penat, letih hidup dicaci dimaki. Senang citer nak lari lah. Lari dari semua ni. 

...............................................................................................

Syukur aku masih lagi hidup. Masih ada kat atas bumi ni. Bila aku fikir masa hadapan. Aku tetap nak lari. Fikir pasal mak ayah aku pulak. Aku tetap nak lari. Tapi bila aku fikir semua benda. Aku fikir balik segala galanya. Bodohnya aku. Nak lari? Lari bukannya boleh selesaikan masalah pun rite? So aku taknak buat benda gila. Aku ingat balik orang yang aku sayang. Orang yang aku cinta. Mama,papa,kawan kawan aku,aiman and semualah. Aku bangkit dari semua ni. Aku tahu aku kuat. Kuat hadapi semua ni. Kuat sebab kawankawan yang aku sayang selalu bagi semangat kat aku. Diorang selalu ada bila aku tengah sedih or gembira ke. Diorang selalu ada dengan aku . Terima kasih aliah,izzah and nabil. Haa sebelum aku lupa orang yang paling aku sayang, Amirul Nur Aiman. Diaorang segalanya bagi aku. Aku sayang korang sangatsangat :* I hope our friendship will never end. Can i? Hee. Assalamualaikum.



Oktober please dont came again :(
Wednesday, 13 November 2013 @ 02:17 | 0 comments


Eh. Hello hye assalamualaikum. Hm nak tahu kenapa aku benci sangat Oktober tahun ni? Ah sebab oktober tulah semua benda buruk berlaku kat aku. Sebab bulan oktober tulah aku kena macam macam. Hmm :'( Wehhhh sumpah oktober tahun ni aku memang malang gila. Setiap hari ada je dugaan untuk aku. Hm penat weh aku. Yes. Penat! Penat apa? Penat menangis :'( Kenapa mesti banyak dugaan yang kena kat aku? Aku tak kuat. Seriusly aku tak kuat. Korang nampak je aku selalu happy gila gila semua tu. Tapi dalam hati ni? Ada siapa tahu? Ada? Takdepunnnnn. Hanya allah je tahu apa yang aku rasa.Bulan oktober tu aku rasa hampir setiap hari aku menangis.Tapi ada sesiapa kesah? Takde......Iyelah aku bukan penting untuk korang pun kan? Hm tau dah.Takpelah aku takpernah mengharapkan simpati dari korang pun.Sikit pun tak pernah. Biarlah aku tanggung semuanya seorang diri *ayat pasrah* Haha okay stop it.Now aku nak cerita masalah masalah aku yang menyebabkan aku semakin hari semakin stress.

.....................................................................................

Okay okay yang pertama. Macam yang korang tahu.Aku kena JDRM.Mesti semua terkejut aku kena jdrm kan? Satu maktab kecoh pasal aku kena jdrm tu. Aku kena jdrm pun sebab apa? Sebab COUPLE. Bodoh kan? Hm entahlah aku pun taktahu macam mana benda ni boleh jadi. Maybe time tu aku bodoh sangat. Main bagi je dia pegangpegang semua tu. Hm aku pun taktahu pulak benda tu boleh melebih sampai jadi camni.Aku tahu niat dia baik time tu. Niat dia just untuk temankan aku buat pbs yang melambak cam haram tu. Tapi disebabkan hanya kita berdua. Macam macam boleh jadi. Betul lah tu orang pernah kata tak elok duduk berdua duaan dengan bukan muhrim. Sebab nanti datangnya orang ketiga. And orang ketiga tu ofkos lah SYAITAN rite? Hm syaitan hasut kita buat itu ini. Disebabkan aku ni orang yang memang lemah sikit iman ni habis lah. Senang je dihasut. Hm then terjadilah something yang tak terduga berlaku. Malas nak cerita ape kiteorang buat. Haa sebelum aku lupa! Sebenarnya time petang tu bukan aku berdua je. Tapi ada aliah sekali. Cuma dia balik dulu je. Then lepastu baru aku dengan dia balik.Yang aku ingat time tu dah nak balik dah ni. And aku baru perasan ada form 5 ni dok tengoktengok je kiteorang. Sumpah aku takperasan sejak bila dia ada kat situ. Tapi aku tak berapa nampak sangat siapa budakbudak form 5 tu.Aku mula takut dah time tu. Dia nampak ke apa kiteorang buat tadi? Tapi lantaklah. Aku malas nak fikir. Aku terus balik dorm. Balik je dorm aku terus lari tempat aliah. And cerita apa yang berlaku tadi.

Jengjengjeng. Nak tahu apa berlaku lepas tu? Okay keesokkan harinya. Ada morning call dekat aspuri. Pastu tetiba ada akak form 5 ni naik atas then cakap camni 'Mesti korang terkejut kenapa akak berdiri atas ni. And mesti korang takut bila akak berdiri kat sini kan?' budak aspuri jawab 'taaaaaaakkkkkkkk' pastu akak tu cakap lagi. 'Tak kesah korang takut ke tak.Yang penting mesti ada salah sorang dari kamu ni takut bila nampak akak kat atas ni'' *pastu dok pandang aku* Aku time tu memang dah tertelan air liur and dengar jela apa dia nak cakap. pastu dia cakap ''Semalam akak nampak ada pasangan kapel ni. Boleh pulak dia pegang sana pegang sini. Dahlah berdua duaan. Aku nampak geram je.Kalau ikutkan hati aku nak tampar je budak perempuan tu kat situ.Ee tapi aku sabar je.....'' and blablabla. Banyak lagi dia cakap tapi aku malas nak ingat. Aku dah agak dah dia cakap camtu mesti dia point kat aku punya. Sial ah. Nasib akak tu tak mention je aku. Kalau tak bengang gila babi lah aku. Pastu yang aliah dah pandangpandang aku. Sebab dia tahu yang akak tu memang tga point kat aku. Aku watdek jelah time tu. Takkan nak tunjuk yang aku risau pulak en? Entahlah aku cover macam takda pape berlaku. 

Haaaa start tulah mula kecoh pasal kes kapel yang pegang pegang tu semua. Ada je aku dengar orang kata 'bodohnya perempuan tu takda maruah ke?' 'perempuan tu takkan taktahu dosa' 'murah betul perempuan tu' and banyak lagilah. Aku dengar tu sumpah macam nak nanges je doh. Takda siapa nak faham perasaan aku.Sebab diorang taktahu yang diorang kutuk kutuk diorang makimaki sebenarnya aku. Aku weiiiii! Yang tahu tu aku tahu lah. Yang taktahu tu haa amboy sedap je korang kutuk aku kan? Tapi takpelah aku tak kesah semua tu.Benda tu dah berlaku dah pun. Aku takboleh buat apa. Kau nak kata aku apa ke bagai semua tu lantak korang lah. Mulut orang kita takboleh nak tutup.Kau ingat aku nak sangat ke benda ni berlaku? Aku pun taknak wehh taknakkk!! Hm and lepas tu dah makin ramai tahu kes tu sebenarnya aku. Semua start nak jauhkan diri dari aku. Pandang takpuas hati bagai. Tapi aku biar je. Aku tahan.Aku tahu aku kuat.Aku boleh tahan dengan semua pandangan hina korang kat aku tu. Sebab aku dah biasa. memang dari dulu lagi orang suka pandang rendah kat aku. pandang hina dekat aku. Sebab apa? Sebab aku sosial? Hm kelakar dohh. Tapi yang sentiasa dengan aku. Aliah,izzah and nabil. Eh tapi aiman and jijah adalah jugak kekadang. Tapi yang lain mana? Semua sekejap ada sekejap takda je dengan aku. Time senang korang abaikan aku. Tapi bila korang susah? Korang datang kat aku.Aku pun takfaham dengan budak maktab aku tu haih!

Okay now sambung pasal tadi. Start tu jugak lah setiap hari ada je isu membangkit. Pasal apa? Pasal kapel. Aku pun dah naik jemu dah dengar semua benda tu. Kesian diorang yang lain ni. Gara gara aku diorang pun terpaksa tadah telinga dengar pasal kapel ni semua. Maafkan aku. And benda ni dah kecoh dah sampai semua batch tahu, semua cikgu tahu, senang cerita semua orang dah tau. Aku pun taktahu nak buat apa. Aku buat bodoh jelah. Like nothing happens. Tapi dalam hati? Takda siapa tahulaaa......


 And sampai lah saatsaat dan tarikh aku kena bersidang pasal kes aku ni. Iaitu 4 November. Ada lah jugak budak yang lain yang buat kes jugak. Antaranya 6 Jahanam's. *gambar yang kat atas tu. tapi yang razin tu bukanlah* Time tu memang satu batch form 2 ada kat foyer pejabat tempat budakbudak yang kena bersidang. See bertapa unitenya batch batch 2 ni. Kononnyaaa lah. Hahaha. Yang paling kelakarnya diorang batch form 2 sanggup kena marah dengan cikgu suma semata mata nak tunggu budak yang kena bersidang. Aku pun like terharu je tengok. Hihi. Tapi diorang semua tu ekceli risaukan 6 Jahanam's je. Bukan diorang risaukan aku pun. Diorang taknak kehilangan 6 Jahanam's tu je. Bukannya aku. Aku je terlebih perasan :') tapi takpelah biarlah diorang. Siapa taksayang 6 Jahanam's tu kan? Aku pun sayang dohh. Satu batch sayang 6 Jahanam's. Diorang memang budakbudak yang selalu lah jugak menceriakan maktab ni. Dengan perangai diorang yang nakalnakal tu. Biasalah tu. Kalaulah diorang takda siapa nak ceriakan maktab ni lagi kan? Hmmmm.. Okay habis je persidangan bagai tu. Cikgu hukum kiteorang ni semua kena gantung sekolah atas kes berat. Itu yang kena jdrm tu. Pastu 6 Jahanam's dah happy dah. Yelaaaa diorang takpayah transfer maktab. Bila batch form 2 dapat tahu yang diorang just kena gantung happylah semua orang. Malam tu jugak batch form 2 buat solat hajat bagai tanda syukurlah gitu.

6 November ekceli tarikh kiteorang semua kena gantung. Takboleh datang sekolah. Tapi parents kiteorang buat rayuan untuk amik exam. Lagi 3 paper je woi. Kalau tak amik macam membazir je kiteorang amik exam before ni. Sebab nanti png 0.00 jugak. And nasib baiklah lulus rayuan tu. And kiteorang boleh amik exam. Tapi syaratnya tak boleh duduk asrama. So parents kiteorang lepas exam amik kiteorang duduk lah rumah tumpangan yg kat parit tu then esok hantar balik. Pastu esokknya habis amik paper sejarah. Kiteorang yang kena gantung ni like jyeaaaaaahhhhhhh boleh terus balik. Time tu lah sedih gila. Diorang salamsalam dengan 6 Jahanam's. Balikbalik 6 Jahanam's. Hm ada lah certain batch form 2. Amik gambar dengan 6 Jahanam's before diorang balik. Diorang tu semua buat macam 6 Jahanam's je yang ada kat situ. Yang kena gantung. Tapi aku ni? Macam tak wujud je. Kenapa takda orang nak amik gambar dengan aku macam diorang amik gambar dngan 6 Jahanam's. Sumpah time tu aku jeles gila babi tengok ramai perempuan nak bergambar dengan aiman. Hm even aku tahu diorang just kawan aiman. Tapi aku taktahu kenapa aku rasa sakit hati.Jeles maybe? Yang sedih bila aku nak balik tu pun gengeng aku je ada dengan aku. Yang lain? Hampehhhh takdo pun. Semua sibuk dengan 6 Jahanam's. Okay teruskan.Kadangkadang aku terfikir kenapalah 6 Jahanam's ni ramai orang sayang? Ramai orang respect? Kalau boleh ramai yang taknak diorang transfer maktab? Hm kenapa doh? Sebab diorang ruggers? Sebab tulah ramai orang minat diorang bagai. Sebab diorang hot? Hensem? Semart? Kaya gitu? Haih. Aku rasa macam nak nanges je :c 

Hm sabar jelah. Dahlah kalau boleh dekat maktab semua orang nak palau aku. Semua orang taksuka aku. Semua orang takpuas hati dengan aku. Semua kalau boleh nak dengki dengan aku. Semua aku buat semua salah kat mata diorang. Hmmm yelah bagi korang aku suka mencapub, menggedik semua tu en? And mana lah ada orang nak kawan dgan dakdak sosial cam aku ni. Hm takpelah aku tak kesah semua tu. Aku nak minta maaf kat semua orang kalau aku ada sakitkan hati korang secara sengaja or tak sengaja. Aku minta maaf sangatsangat. Yelaah takda siapa tak melakukan kesilapan rite? Hihi tapi aku nak korang tahu aku pun dah lama maafkan semua orang. Aku tak pernah nak amik hatilah kalau korang nak kata aku apa. Sebab aku tahu tu salah aku kan :')

#Nota Untuk Pembaca
-Apa aku tulis ialah apa yang aku rasa dan apa yang aku ingin luahkan. Jadi jangan salahkan tulisan aku. Salahkan aku. Sebab aku terlalu jujur. Tulisan dalam blog ini adalah luahan rasa aku yang tiada siapa mahu mendengar. Hanya blog ini yang setia .


..............................................................................................................................................






Haa itu gambar yang sempat aku amik before aku balik haritu. Hm lepasni kita dah tak satu dorm dah. *abaikan izzah* Hahaha sebab izzah tak sama dorm dengan aku. Next year segala galanya berubah. Dorm berubah,bilik berubah yang paling penting cubemate berubah. Hm sumpah nak nanges *amik tisu hembus hinguss* Setahun lebih kita dah bersama susah senang semua then kena tukar dorm. Siapa tak sedih en? Bukan senang nak berbaik baik faham ahli dorm semua. Then bila dah rapat dengan diorang tetiba kena tukar dorm. Sumpah babi. Lagi setahun je dohhh. Kalau tukar bilik dekatdekat takpelah. Ni jauh nak mampuss. Sampai ada yang dapat aras bawah and kena share toilet dengan form 5 tahun depan. Haha padan muka *ceh kuaja aku* Tapi aku bersyukur lah jugak bila takdapat bilik yang aras bawah. Takbest ah kena share toilet ng dak form 5 aku tak suka . Ah lantaklah yang penting wing aku semua form 2. Jyeahhhh *goyang bontot* Haaaaa nak bagitahu ni. Cubemate aku next year nak tahu siapa? SAADAH woii. Peh gilaaaa. Aku ekceli takkesah lah dapat sesiapa pun tapi kenapa mesti dia? Hok alohhh aku dah takpernah rapat langsung dengan dia. Pelizz  lah. and paling takboleh bla nya dia boleh cakap siaplah aku jadi cubemate dia and dia nak buat aku jadi cam ustazah. Dekahhh doh. Bajetbajet je kau. Aku nak tengok boleh ke kau jadikan aku ustazah? Kalau boleh tahniahhhh *applause* Dahlah malas nak tulis panjangpanjang lagi aku rasa cukup sampai sini dulu kot. 

 Happy Holidays and Enjoy your Holidayyyyyyyyyyyyyysss ok :*


You.
Tuesday, 12 November 2013 @ 23:54 | 0 comments







 Sihat semua? Dah makan? Dah mandi? Hihi. Cuti ni wawa bosan lah. Yelah bukan pergi mana mana pun. Nak hang? Entahlah memasing kawan wawa tu semua busy. Aiman? Hm dia pun busy jugak. Eh takpelah wawa tak kesah pun. Wawa faham dia. Hm :') So, terpaksalah duduk rumah je. Okay okay stop pasal tu. Now wawa nak cakap yang wawa suka lagu blog wawa yang sekarang ni. Tajuk dia you. Penyanyi asal dia nur jannah alia. Beribu kali ke apa wawa dengar lagu ni. Tak pernah bosan tau! Kenapa wawa suka lagu ni? Entahlah sebab best kot. Ahahaha ok stop. Nahhhh tengok lah lirik lagu ni betulbetul.


you were there to light my day

you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you


how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine


never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you


for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby

cause that wasn't what i meant to do.

Dah baca and mendalami lirik tu? Best kan kan? Tak best? Haha kurang ajar. Korang tak mendalami lah tu liriknya. Haih! Cer baca balik sampai korang faham. Baca sampai faham tau. Hihi :b Kalau still tak faham lagi lantak korang lah eh? Yang penting aku nak cakap yang aku sangat suka lagu ni. Oklah byebye nanti sambung *lambai tangan*

My heart talking.
@ 23:33 | 0 comments




Deep inside,
I just want you.

Deep inside,
it hurts to see you with other people.

Deep inside,
I miss you so much.

Deep inside,
I miss everything about you.

Your imperfections,
made me love you so much.

I love when you not in the mood,
it's like I have to be responsible to make you happy.

Your voice,
every morning before subuh & every night before I off to the bed.

I miss you so much,
I just don't know what to do and what to say.

I am so helpless.
I am so hopeless.


\



Why don't I ever get sick of you !
"How can i explain this feeling ?"