Jika aku ada kekuatan..
Saturday, 14 December 2013 @ 11:43 | 0 comments


Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.

Semalam adalah hari aku jatuh.
Semalam hari aku jatuh tersungkur.
Semalam hari kau ketawakan aku.
Semalam hari aku jauh dari agama.


Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.

Semalam hari aku penuh dengan kejahilan.
Semalam hari aku yang penuh dengan malas.
Semalam hari aku tidak pernah leka melakukan dosa.
Semalam hari aku jauh ketinggalan dalam pelajaran.


Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.

Semalam hari aku ketawa enak melakukan dosa.
Semalam hari aku tinggikan suara bila bercakap dengan Mak Ayah.
Semalam hari aku jauh dari Dia, Tuhan Yang Maha Esa.
Semalam hari aku memperbodohkan diri aku sendiri.

Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.

Aku tahu, peluang itu ada untuk aku berubah.
Dia itu Maha Pegampun.
Dia itu Maha Pengasih.
Dia segalanya.
Segalanya Dia.

Aku mahu bangun.
Pelan pelan kayuh.
Aku boleh kembali ke jalan yang benar.
Tuhan itu ada.
Dia ada untuk aku.

\Aku tahu.

Hari ini,
hari baru aku,
hari aku mulakan hidup baru,
dengan niat baru,
azam baru,
untuk,

lupakan semalam.


Why don't I ever get sick of you !
"How can i explain this feeling ?"