Oktober please dont came again :(
Wednesday, 13 November 2013 @ 02:17
| 0 comments ✿
Eh. Hello hye assalamualaikum. Hm nak tahu kenapa aku benci sangat Oktober tahun ni? Ah sebab oktober tulah semua benda buruk berlaku kat aku. Sebab bulan oktober tulah aku kena macam macam. Hmm :'( Wehhhh sumpah oktober tahun ni aku memang malang gila. Setiap hari ada je dugaan untuk aku. Hm penat weh aku. Yes. Penat! Penat apa? Penat menangis :'( Kenapa mesti banyak dugaan yang kena kat aku? Aku tak kuat. Seriusly aku tak kuat. Korang nampak je aku selalu happy gila gila semua tu. Tapi dalam hati ni? Ada siapa tahu? Ada? Takdepunnnnn. Hanya allah je tahu apa yang aku rasa.Bulan oktober tu aku rasa hampir setiap hari aku menangis.Tapi ada sesiapa kesah? Takde......Iyelah aku bukan penting untuk korang pun kan? Hm tau dah.Takpelah aku takpernah mengharapkan simpati dari korang pun.Sikit pun tak pernah. Biarlah aku tanggung semuanya seorang diri *ayat pasrah* Haha okay stop it.Now aku nak cerita masalah masalah aku yang menyebabkan aku semakin hari semakin stress.
.....................................................................................
Okay okay yang pertama. Macam yang korang tahu.Aku kena JDRM.Mesti semua terkejut aku kena jdrm kan? Satu maktab kecoh pasal aku kena jdrm tu. Aku kena jdrm pun sebab apa? Sebab COUPLE. Bodoh kan? Hm entahlah aku pun taktahu macam mana benda ni boleh jadi. Maybe time tu aku bodoh sangat. Main bagi je dia pegangpegang semua tu. Hm aku pun taktahu pulak benda tu boleh melebih sampai jadi camni.Aku tahu niat dia baik time tu. Niat dia just untuk temankan aku buat pbs yang melambak cam haram tu. Tapi disebabkan hanya kita berdua. Macam macam boleh jadi. Betul lah tu orang pernah kata tak elok duduk berdua duaan dengan bukan muhrim. Sebab nanti datangnya orang ketiga. And orang ketiga tu ofkos lah SYAITAN rite? Hm syaitan hasut kita buat itu ini. Disebabkan aku ni orang yang memang lemah sikit iman ni habis lah. Senang je dihasut. Hm then terjadilah something yang tak terduga berlaku. Malas nak cerita ape kiteorang buat. Haa sebelum aku lupa! Sebenarnya time petang tu bukan aku berdua je. Tapi ada aliah sekali. Cuma dia balik dulu je. Then lepastu baru aku dengan dia balik.Yang aku ingat time tu dah nak balik dah ni. And aku baru perasan ada form 5 ni dok tengoktengok je kiteorang. Sumpah aku takperasan sejak bila dia ada kat situ. Tapi aku tak berapa nampak sangat siapa budakbudak form 5 tu.Aku mula takut dah time tu. Dia nampak ke apa kiteorang buat tadi? Tapi lantaklah. Aku malas nak fikir. Aku terus balik dorm. Balik je dorm aku terus lari tempat aliah. And cerita apa yang berlaku tadi.
Jengjengjeng. Nak tahu apa berlaku lepas tu? Okay keesokkan harinya. Ada morning call dekat aspuri. Pastu tetiba ada akak form 5 ni naik atas then cakap camni 'Mesti korang terkejut kenapa akak berdiri atas ni. And mesti korang takut bila akak berdiri kat sini kan?' budak aspuri jawab 'taaaaaaakkkkkkkk' pastu akak tu cakap lagi. 'Tak kesah korang takut ke tak.Yang penting mesti ada salah sorang dari kamu ni takut bila nampak akak kat atas ni'' *pastu dok pandang aku* Aku time tu memang dah tertelan air liur and dengar jela apa dia nak cakap. pastu dia cakap ''Semalam akak nampak ada pasangan kapel ni. Boleh pulak dia pegang sana pegang sini. Dahlah berdua duaan. Aku nampak geram je.Kalau ikutkan hati aku nak tampar je budak perempuan tu kat situ.Ee tapi aku sabar je.....'' and blablabla. Banyak lagi dia cakap tapi aku malas nak ingat. Aku dah agak dah dia cakap camtu mesti dia point kat aku punya. Sial ah. Nasib akak tu tak mention je aku. Kalau tak bengang gila babi lah aku. Pastu yang aliah dah pandangpandang aku. Sebab dia tahu yang akak tu memang tga point kat aku. Aku watdek jelah time tu. Takkan nak tunjuk yang aku risau pulak en? Entahlah aku cover macam takda pape berlaku.
Haaaa start tulah mula kecoh pasal kes kapel yang pegang pegang tu semua. Ada je aku dengar orang kata 'bodohnya perempuan tu takda maruah ke?' 'perempuan tu takkan taktahu dosa' 'murah betul perempuan tu' and banyak lagilah. Aku dengar tu sumpah macam nak nanges je doh. Takda siapa nak faham perasaan aku.Sebab diorang taktahu yang diorang kutuk kutuk diorang makimaki sebenarnya aku. Aku weiiiii! Yang tahu tu aku tahu lah. Yang taktahu tu haa amboy sedap je korang kutuk aku kan? Tapi takpelah aku tak kesah semua tu.Benda tu dah berlaku dah pun. Aku takboleh buat apa. Kau nak kata aku apa ke bagai semua tu lantak korang lah. Mulut orang kita takboleh nak tutup.Kau ingat aku nak sangat ke benda ni berlaku? Aku pun taknak wehh taknakkk!! Hm and lepas tu dah makin ramai tahu kes tu sebenarnya aku. Semua start nak jauhkan diri dari aku. Pandang takpuas hati bagai. Tapi aku biar je. Aku tahan.Aku tahu aku kuat.Aku boleh tahan dengan semua pandangan hina korang kat aku tu. Sebab aku dah biasa. memang dari dulu lagi orang suka pandang rendah kat aku. pandang hina dekat aku. Sebab apa? Sebab aku sosial? Hm kelakar dohh. Tapi yang sentiasa dengan aku. Aliah,izzah and nabil. Eh tapi aiman and jijah adalah jugak kekadang. Tapi yang lain mana? Semua sekejap ada sekejap takda je dengan aku. Time senang korang abaikan aku. Tapi bila korang susah? Korang datang kat aku.Aku pun takfaham dengan budak maktab aku tu haih!
Okay now sambung pasal tadi. Start tu jugak lah setiap hari ada je isu membangkit. Pasal apa? Pasal kapel. Aku pun dah naik jemu dah dengar semua benda tu. Kesian diorang yang lain ni. Gara gara aku diorang pun terpaksa tadah telinga dengar pasal kapel ni semua. Maafkan aku. And benda ni dah kecoh dah sampai semua batch tahu, semua cikgu tahu, senang cerita semua orang dah tau. Aku pun taktahu nak buat apa. Aku buat bodoh jelah. Like nothing happens. Tapi dalam hati? Takda siapa tahulaaa......
And sampai lah saatsaat dan tarikh aku kena bersidang pasal kes aku ni. Iaitu 4 November. Ada lah jugak budak yang lain yang buat kes jugak. Antaranya 6 Jahanam's. *gambar yang kat atas tu. tapi yang razin tu bukanlah* Time tu memang satu batch form 2 ada kat foyer pejabat tempat budakbudak yang kena bersidang. See bertapa unitenya batch batch 2 ni. Kononnyaaa lah. Hahaha. Yang paling kelakarnya diorang batch form 2 sanggup kena marah dengan cikgu suma semata mata nak tunggu budak yang kena bersidang. Aku pun like terharu je tengok. Hihi. Tapi diorang semua tu ekceli risaukan 6 Jahanam's je. Bukan diorang risaukan aku pun. Diorang taknak kehilangan 6 Jahanam's tu je. Bukannya aku. Aku je terlebih perasan :') tapi takpelah biarlah diorang. Siapa taksayang 6 Jahanam's tu kan? Aku pun sayang dohh. Satu batch sayang 6 Jahanam's. Diorang memang budakbudak yang selalu lah jugak menceriakan maktab ni. Dengan perangai diorang yang nakalnakal tu. Biasalah tu. Kalaulah diorang takda siapa nak ceriakan maktab ni lagi kan? Hmmmm.. Okay habis je persidangan bagai tu. Cikgu hukum kiteorang ni semua kena gantung sekolah atas kes berat. Itu yang kena jdrm tu. Pastu 6 Jahanam's dah happy dah. Yelaaaa diorang takpayah transfer maktab. Bila batch form 2 dapat tahu yang diorang just kena gantung happylah semua orang. Malam tu jugak batch form 2 buat solat hajat bagai tanda syukurlah gitu.
6 November ekceli tarikh kiteorang semua kena gantung. Takboleh datang sekolah. Tapi parents kiteorang buat rayuan untuk amik exam. Lagi 3 paper je woi. Kalau tak amik macam membazir je kiteorang amik exam before ni. Sebab nanti png 0.00 jugak. And nasib baiklah lulus rayuan tu. And kiteorang boleh amik exam. Tapi syaratnya tak boleh duduk asrama. So parents kiteorang lepas exam amik kiteorang duduk lah rumah tumpangan yg kat parit tu then esok hantar balik. Pastu esokknya habis amik paper sejarah. Kiteorang yang kena gantung ni like jyeaaaaaahhhhhhh boleh terus balik. Time tu lah sedih gila. Diorang salamsalam dengan 6 Jahanam's. Balikbalik 6 Jahanam's. Hm ada lah certain batch form 2. Amik gambar dengan 6 Jahanam's before diorang balik. Diorang tu semua buat macam 6 Jahanam's je yang ada kat situ. Yang kena gantung. Tapi aku ni? Macam tak wujud je. Kenapa takda orang nak amik gambar dengan aku macam diorang amik gambar dngan 6 Jahanam's. Sumpah time tu aku jeles gila babi tengok ramai perempuan nak bergambar dengan aiman. Hm even aku tahu diorang just kawan aiman. Tapi aku taktahu kenapa aku rasa sakit hati.Jeles maybe? Yang sedih bila aku nak balik tu pun gengeng aku je ada dengan aku. Yang lain? Hampehhhh takdo pun. Semua sibuk dengan 6 Jahanam's. Okay teruskan.Kadangkadang aku terfikir kenapalah 6 Jahanam's ni ramai orang sayang? Ramai orang respect? Kalau boleh ramai yang taknak diorang transfer maktab? Hm kenapa doh? Sebab diorang ruggers? Sebab tulah ramai orang minat diorang bagai. Sebab diorang hot? Hensem? Semart? Kaya gitu? Haih. Aku rasa macam nak nanges je :c
Hm sabar jelah. Dahlah kalau boleh dekat maktab semua orang nak palau aku. Semua orang taksuka aku. Semua orang takpuas hati dengan aku. Semua kalau boleh nak dengki dengan aku. Semua aku buat semua salah kat mata diorang. Hmmm yelah bagi korang aku suka mencapub, menggedik semua tu en? And mana lah ada orang nak kawan dgan dakdak sosial cam aku ni. Hm takpelah aku tak kesah semua tu. Aku nak minta maaf kat semua orang kalau aku ada sakitkan hati korang secara sengaja or tak sengaja. Aku minta maaf sangatsangat. Yelaah takda siapa tak melakukan kesilapan rite? Hihi tapi aku nak korang tahu aku pun dah lama maafkan semua orang. Aku tak pernah nak amik hatilah kalau korang nak kata aku apa. Sebab aku tahu tu salah aku kan :')
#Nota Untuk Pembaca
-Apa aku tulis ialah apa yang aku rasa dan apa yang aku ingin luahkan. Jadi jangan salahkan tulisan aku. Salahkan aku. Sebab aku terlalu jujur. Tulisan dalam blog ini adalah luahan rasa aku yang tiada siapa mahu mendengar. Hanya blog ini yang setia .

..............................................................................................................................................

Haa itu gambar yang sempat aku amik before aku balik haritu. Hm lepasni kita dah tak satu dorm dah. *abaikan izzah* Hahaha sebab izzah tak sama dorm dengan aku. Next year segala galanya berubah. Dorm berubah,bilik berubah yang paling penting cubemate berubah. Hm sumpah nak nanges *amik tisu hembus hinguss* Setahun lebih kita dah bersama susah senang semua then kena tukar dorm. Siapa tak sedih en? Bukan senang nak berbaik baik faham ahli dorm semua. Then bila dah rapat dengan diorang tetiba kena tukar dorm. Sumpah babi. Lagi setahun je dohhh. Kalau tukar bilik dekatdekat takpelah. Ni jauh nak mampuss. Sampai ada yang dapat aras bawah and kena share toilet dengan form 5 tahun depan. Haha padan muka *ceh kuaja aku* Tapi aku bersyukur lah jugak bila takdapat bilik yang aras bawah. Takbest ah kena share toilet ng dak form 5 aku tak suka . Ah lantaklah yang penting wing aku semua form 2. Jyeahhhh *goyang bontot* Haaaaa nak bagitahu ni. Cubemate aku next year nak tahu siapa? SAADAH woii. Peh gilaaaa. Aku ekceli takkesah lah dapat sesiapa pun tapi kenapa mesti dia? Hok alohhh aku dah takpernah rapat langsung dengan dia. Pelizz lah. and paling takboleh bla nya dia boleh cakap siaplah aku jadi cubemate dia and dia nak buat aku jadi cam ustazah. Dekahhh doh. Bajetbajet je kau. Aku nak tengok boleh ke kau jadikan aku ustazah? Kalau boleh tahniahhhh *applause* Dahlah malas nak tulis panjangpanjang lagi aku rasa cukup sampai sini dulu kot.
Happy Holidays and Enjoy your Holidayyyyyyyyyyyyyysss ok :*