Jika aku ada kekuatan..
Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.
Semalam adalah hari aku jatuh.
Semalam hari aku jatuh tersungkur.
Semalam hari kau ketawakan aku.
Semalam hari aku jauh dari agama.
Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.
Semalam hari aku penuh dengan kejahilan.
Semalam hari aku yang penuh dengan malas.
Semalam hari aku tidak pernah leka melakukan dosa.
Semalam hari aku jauh ketinggalan dalam pelajaran.
Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.
Semalam hari aku ketawa enak melakukan dosa.
Semalam hari aku tinggikan suara bila bercakap dengan Mak Ayah.
Semalam hari aku jauh dari Dia, Tuhan Yang Maha Esa.
Semalam hari aku memperbodohkan diri aku sendiri.
Jika aku ada kekuatan, aku mahu lupakan semalam.
Aku tahu, peluang itu ada untuk aku berubah.
Dia itu Maha Pegampun.
Dia itu Maha Pengasih.
Dia segalanya.
Segalanya Dia.
Aku mahu bangun.
Pelan pelan kayuh.
Aku boleh kembali ke jalan yang benar.
Tuhan itu ada.
Dia ada untuk aku.
\Aku tahu.
Hari ini,
hari baru aku,
hari aku mulakan hidup baru,
dengan niat baru,
azam baru,
untuk,
lupakan semalam.
#Notethis.
Tipu, kalau aku cakap aku tak rindu kau.
Tipu, kalau aku cakap aku tak sayang kau.
Tipu, kalau aku cakap aku benci kau.
Tipu kalau aku cakap aku tak ambil kisah.
Tipu, kalau aku tak nangis kalau aku rindu kau.
Tipu, kalau aku tak gembira bila jumpa kau.
Tipu, kalau kau tak bahagia bila kau dengan aku.
Tipu, kalau aku tak sedih bila kau lupa aku.
Tipu, kalau aku cakap aku tak rindukan kau.
Tipu kalau aku cakap aku boleh hidup tanpa kau.
Hakikatnya, aku memang tak boleh hidup....
Tanpa engkau...
Kenapa?
Kau seolah mata bila aku buta.
Kau seolah telinga bila aku pekak.
Kau sempurna bagi aku.
Tiada cacat cela.
Cukup sempurna.
Tanpa kau, aku tidak lengkap.
Entah kenapa. Aku pun tak tahu.
Hargai aku, bila aku masih cinta.
Hargai aku, bila aku masih lagi mahu kau.
Hargai aku bila aku setia.
Hargai aku bila masih sayang.
Jangan nanti kau kembali.
Bila aku sudah tidak cinta.
Bila aku sudah benci.
Bila aku tidak perlukan kau.
Bila aku tidak setia.
Bila aku tidak punya rasa sayang.
Kerana, perasaan manusia itu berubah.
Hi Disember.
Hi . Sorry dah lama tak update. Malas lah ekceli. Hm okay nak bagitau yang cuti ni. Cuti yang paling membosankan bagi aku. Aku just terperap je bro kat dalam bilik. takpergi mana mana pun :( Untunglah sesape yang cuti ni pergi holidays bagai. Enjoy your holidays k :* K now aku nak post pasal result. Seriusly aku terkejut kot bila tau dari blog sir hakim. Tapi itupun just no maktab yang dapat 3.5 above. Nak tau korang yang form 2 Mrsm Parit dapat ke tak. Meh usha gambar ni.
Haaaaaaaa acanner korang? Dapat tak dapat tak? Hee btw congrates untuk korang yang dapat. Yang tak dapat? Alaaa takyah lah sesedih eh? Nangis air mata darah sekalipun result korang takkan berubah. Percayalah! Bukan aku nak down kan korang. Tapi betulah en? Cenni lah eh. Lupakan result ni. And next year jangan lah mainmain lagi. study betulbetul tau. Hihi :*
....................................................................................
Ha nak tau tak apa perasaan aku ni bila no maktab aku takda dalam list? Aku takdalah terkejut ke apa. Sebab aku memang tahu aku takkan dapat punya. Yelah belajar pun malas en. Memang taklah nak dapat result bagus! Ye dakkk? Heeee :') Cuma perasaan sedih gila nak mati tu adalah. Iyelah siapa tak sedih en bila takdapat result 3.5 above. Ya Allah sumpah aku memang jeles gila lah tengok result kawankawan aku. Kebanyakkan diorang dapat above 3.5. Hm tung lah pandai en. Dalam bilik aku just dua orang je yang dapat result below 3.5. Yang lain semua dapat.. hmmm ya allah terasa bodoh pulak bila tak dapat 3.5 above dohh. Sumpah. Like malu gila babi pun ada. Kenapa diorang boleh dapat? Kenapa aku takboleh dapat en? 137 batch form dapat above 3.5. Awesome kan :') Congrates semuaaaaaa.
Setahun 6 bulan aku kat belajar kat mrsm parit. Tapi sekali pun tak pernah tau dapat result 3.5 above :( Sumpah rasa macam sia sia je belajar gila babi bagai. hm. Kawan aku aliah,nabil,izzah,icha,jijah,aiman and yang lainlain. Semua pandaipandai! Atleast diorang penah jugak tau dapat pointer 3.5 above exam. Aku malu wehh. Bila result keluar and orang tanya tanya aku 'result kau brapa?' Sumpah aku paling taksuka! Aku act like tak kisah pasal result aku yg selama ni mesti dapat rangking top10 LAST. Korang mesti tengok aku ni macam tak kisah je pasal result. Sebab depan korang aku cakap 'lantaklah result tu kesah lak aku.' Betul tak? Tapi dalam hati aku ni? Korang takkan faham betapa sedih gila babi lah dapat tau result teruk! Hm aku malu dengan aliah,icha,nabil,izzah,aiman,jijah. Aku selalu lepak dengan diorang. Tapi result diorang okay je, pandai je. Tapi aku? Mak ai punya teruk result macam budak sekolah harian je. Aku rasa aku like taklayah je masuk mrsm. sebab aku takdalah pandai mana. Hm. Tbh aku malu tau bila diorang tu suma dapat result bagusbagus. sedangkan aku? Hampeh gila kot. Kenapa lah aku takpandai macam diorang? Hmmmmmmmm sumpah nak nangis je sekarang ni. Ahahaha lek wa lek jangan emo pulak kat sini :') Lagi satu aku sangatlah paling taksuka. Eh? apa aku kata ni. haha lantak lah. Cuma aku nak cakap yang aku paling sedih+happy tak terkata bila tengok kawankawan aku naik pentas and dapat Sijil Anugerah Penghormatan dari Pengetua! Bukan senang kot nak dapat. Hee. Aku sedih sebab aku takdapat naik atas pentas tu. And aku happy bila kawankawan aku happy bila naik pentas tu :'D
Tak kisah lah aku takdapat pun. Yang penting aku dapat tengok orang yang aku sayang naik atas pentas tu. Tupun cukup buat aku happy :') Buat aku bangga dapat kawan yang pandai camtu. Heee. Inshallah next year aku nak serius time belajar. Aku taknak mainmain lagi dah doh. PBSMR wehh. Gila kau nak mainmain? Agak lah kan. Korang aku harap sangatsangat support aku k tahun depan? Aku teringin sangat nak naik pentas cam korang. Aku teringin sangat nak sijil anugerah pengetua tu :') Aku harap next year kita dapat naik pentas sesama tau. Sebab lepastu kita dah graduate for form3 and takut dah ada yang pindah bagai. Kang takdapat jumpa lagi :') Aku harap next year kita berjaya samasama. Senang citer aku nak semua kawan kawan aku berjaya lah! Boleh? Heee itu doa aku. Hm k lah cukup sampai sini. Goodnite. Assalamualaikum :)